PETALING JAYA, 3 OCTOBER 2025
Alhamdulillah, setelah diberikan rezeki oleh Allah subhanahu wata'ala, insyaAllah saya dan seluruh keluarga saya akan menjalankan umrah di tanah suci bertarikh 27 November 2025 selama 12 hari bersama In Saff Travels.
Mulanya saya bercadang ingin menjalankan umrah secara DIY (do-it-yourself) di mana kosnya lebih economical dan lebih banyak freedom berbanding dari menjalankan bersama pihak umrah agensi, juga ingin disebut bahawa saya pernah menjalankan umrah pada tahun 2015 bersama Baba bersama mutawif, jadi sudah ada pengalaman umrah.
Walaubagaimanapun berbalik kepada fakta bahawa ini adalah kali pertama buat Umi menjalankan umrah bersama adik-beradik yang lain, saya berfikir bahawa terbaik untuk menjalankan umrah bersama mutawif dan secara berstruktur bersama syarikat yang berpengalaman supaya dapat melakukan standard ibadah umrah seperti rakyat Malaysia yang lain yang kebanyakannya berkiblatkan mazhab Syafie'.
Standard itu penting kerana ia berfungsi sebagai piawaian yang disepakati masyarakat atau industri bagi memastikan sesuatu dilaksanakan dengan kualiti yang konsisten. Ia menjadi rujukan asal — “reference” — yang menyatukan kefahaman masyarakat tentang apa yang dianggap baik, selamat, dan boleh dipercayai.
Dalam dunia oil & gas, contohnya, piawaian seperti ISO (International Organization for Standardization) atau API (American Petroleum Institute) menetapkan keperluan teknikal, keselamatan, dan kualiti. Piawaian ini memastikan bahawa apabila pelbagai pihak — syarikat, pembekal, jurutera, dan pengawal selia — bekerjasama, mereka bercakap dalam “bahasa teknikal” yang sama. Hasilnya:
Reka bentuk peralatan memenuhi tahap keselamatan global,
Proses operasi meminimumkan risiko kemalangan,
Dokumentasi dan pemeriksaan lebih mudah difahami merentasi negara dan syarikat.
Tanpa piawaian, projek mega seperti pembinaan pelantar minyak atau FPSO akan menghadapi kekeliruan teknikal, ketidakpadanan komponen, dan risiko keselamatan yang tinggi kerana setiap pihak mungkin menggunakan ukuran dan kriteria berbeza. Walaubagaimanapun, ingin di-stress-kan bahawa standard adalah hanya sebagai guidance, dan bukan kitab hakiki kerana ilmu baru mungkin dijumpai dan ditambah kepada standard.
Dalam pada itu, saya dan Baba sebagai pelajar Dr. HALO-N juga perlu mengetahui apakah standard umrah atau apakah pandangan Dr. HALO-N mengenai umrah yang perlu diterapkan ketika menjalankan umrah sebagai standard pelajar tasawwuf.
Kita selalunya membayangkan suasana indah apabila menjalankan ibadat di Masjidil Haram; cantik, bersih dan rasa beragama. Tapi dalam siri Al Fathun Nawa, Prof. Dr. HALO-N melihat umrah dari dua sudut:
Part A: Satu sisi penuh doa dan kerohanian - Al-Fathun Nawa Jilid 5
Part B: Satu sisi kritikan sosial terhadap kefahaman ritual semata-mata - Al-Fathun Nawa Jilid 9
Marilah kita sama-sama menyelami dua sisi ini.
Dalam buku Al-Fathun Nawa, Jilid 5, mukasurat 532; Dr. HALO-N ada menyebut mengenai pertanyaan anak sulongnya, Norazamiah kepadanya mengenai doa-doa ketika umrah dan haji yang dilakukan oleh ahli tasauf.
Bertanyalah Puan Norazamiah Ahmad, anak sulong pengarang, ketika beliau menyatakan hasratnya untuk melakukan ibadat Umrah (2017):
Katanya:
“Abah, apakah butiran doa yang sepatutnya dizahirkan oleh seseorang ketika dirinya melakukan kerja ibadat umrah dan ibadat haji di Makkatul Mukarramah seumpama yang dilakukan oleh para ahli tasauf berwasilah? Minta penjelasan.”
Jawab pengarang:
Tahniah kepada kamu suami isteri kerana dikurniakan oleh Tuhan keinginan untuk melawat rumah-Nya. Disamping menyempurnakan ibadat Umrah di bandar agung Makkatul Mukarramah, Abah mengucapkan terima kasih kerana sudi bertanya butiran amalan doa para ahli tasauf ketika mereka menunaikan ibadat umrah dan haji. Ini soalan yang jarang diajukan, meskipun ia banyak dibicarakan orang tua di zaman Abah muda dahulu.
Adapun butiran doa yang sering diamalkan ahli tasauf berwasilah ketika berada di Baitillah al-Haram ada enam (6) perkara penting yang melibatkan kehidupan dan ilmu kerohanian ketuhanan:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ فَبَشَّرْنَٰهُ بِغُلَٰمٍ حَلِيمٍ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku (zuriat) dari kalangan orang yang soleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak lelaki yang penyabar.”
(Surah As-Shaffāt 37:100-101)
Berdoalah agar diri dan keluarga dikurniakan anak keturunan yang sempurna lagi soleh — pengasih muka bumi.
وَأَتِمُّوا۟ ٱلْحَجَّ وَٱلْعُمْرَةَ لِلَّهِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah 2:196)
Berdoalah agar Tuhan menjemput kembali untuk bertandang di Makkatul Mukarramah dan menyempurnakan lagi ibadat haji dan umrah.
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًۭا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah at-Talaq 65:2-3)
Berdoalah agar dibukakan jalan rezeki dengan kewangan yang banyak, berterusan, penuh taqwa, mengalir sepanjang hayat diri dan keluarga.
فَٱجْعَلْ أَفْـِٔدَةًۭ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَهْوِىٓ إِلَيْهِمْ
“Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung dan rindu kepada mereka.”
(Surah Ibrāhīm 14:37)
Mohon agar hati sentiasa rindu kepada Makkah dan rumah Allah, seumpama rindu Nabi Ibrahim a.s. dalam doanya.
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku.”
(Surah an-Naml 27:19)
Mohon agar hati dikhatamkan dengan keteguhan iman dan rasa syukur yang berterusan pada setiap nikmat.
رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًۭا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ
“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian, dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.”
(Surah Maryam 19:10)
Mohon agar kelima-lima doa tadi dimakbulkan sepenuhnya, seumpama kemakbulan doa Nabi Zakaria a.s.
Puan Norazamiah Ahmad bertanya lagi: apakah pula butiran doa yang perlu diutarakan oleh seseorang ketika berada di Masjid Nabawi, mengikut amalan ahli tasauf berwasilah?
Jawab pengarang:
Memang benar, jarang ada yang datang ke Makkah tanpa juga menziarahi Madinah untuk mengunjungi Nabi Muhammad ﷺ. Tahniah kerana berpeluang mengunjungi manusia agung kekasih Allah. Ketahuilah, di sini juga terdapat enam (6) doa utama yang diamalkan ahli tasauf:
وَجَعَلَنِى مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ
“Dan Dia menjadikan aku diberkati di mana sahaja aku berada.”
(Surah Maryam 19:31)
Mohon keberkatan bagi diri dan keluarga seperti keberkatan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad ﷺ.
يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍۢ
“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.”
(Surah al-Mujādalah 58:11)
Mohon peningkatan darjat kehidupan melalui iman dan ilmu supaya tidak buta dan meraba dalam kegelapan rohani.
رِجَالٌۭ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَٰرَةٌۭ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ
“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah.”
(Surah an-Nūr 24:37)
Mohon agar jiwa ditanam semangat berniaga yang berjaya tanpa lalai dari mengingati Allah.
وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
“Dan sesungguhnya yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu lalu engkau menjadi puas.”
(Surah ad-Dhuḥā 93:4-5)
Mohon semangat berhijrah yang lebih baik dari sebelumnya, dipandu kejayaan, dilapangkan kesusahan dan dikurnia kekayaan yang tenang.
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
“Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.”
(Surah al-Insyirāḥ 94:4)
Memohon agar Allah membuka jalan supaya nama, ingatan dan kenangan kita kekal dikenang oleh keturunan mendatang, sebagaimana manusia mengingati Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad ﷺ.
(Sebagaimana juga disebut dalam Surah Maryam 19:50 tentang ingatan generasi terhadap para nabi.)
رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًۭا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ
“Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian, dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.”
(Surah Maryam 19:10)
Mohon agar kesemua doa di Madinah dimakbulkan sepenuhnya, seumpama kemakbulan doa Nabi Zakaria a.s.
Makkah: fokus kepada keturunan soleh, rezeki berkat, kerinduan kepada rumah Allah, teguh hati dan kesyukuran.
Madinah: fokus kepada keberkatan hidup, ketinggian iman & ilmu, semangat berniaga yang berkat, hijrah menuju kejayaan, serta dikenang kebaikan selepas mati.
Kedua-duanya diakhiri dengan permohonan agar segala doa dimakbulkan, seperti doa Nabi Zakaria a.s. yang diangkat Allah
Dalam Jilid 9, nada penulis berubah – kali ini penuh kritikan. Beliau melihat bagaimana masyarakat Melayu sering mengecilkan agama kepada ritual sahaja, termasuk umrah.
Katanya:
Di sini, Dr. HALO-N menyindir bagaimana ustaz syariat sering menyempitkan agama hanya kepada ritual seperti solat, zakat, haji dan umrah – tanpa menyentuh maksud yang lebih luas dalam al-Quran.
Beliau menegaskan bahawa yang menjamin syurga bukan sekadar pahala ritual, tetapi pembersihan hati. Di sini beliau merujuk doa Nabi Ibrahim a.s. dan janji Allah dalam Surah al-Fajr:
يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ
“Wahai jiwa yang tenang!
ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةًۭ مَّرْضِيَّةًۭ
Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai-Nya.
فَٱدْخُلِى فِى عِبَٰدِى
Maka masuklah ke dalam kalangan hamba-hamba-Ku,
وَٱدْخُلِى جَنَّتِى
Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Surah al-Fajr 89:27–30)
Bagi Dr. HALO-N, inilah maksud sebenar perjalanan ibadah: hati yang bersih, bukan sekadar tubuh yang berulang kali menunaikan ritual.
Jilid 5: Umrah = peluang menuai doa, membersihkan hati, menghidupkan rohani.
Jilid 9: Umrah = boleh jadi kosong jika hanya ritual tanpa isi, tanpa kesedaran hati.
Bila kita menunaikan umrah, soalnya bukan sekadar “bila aku pergi?” tetapi:
Doa apa yang aku bawa?
Hati macam mana yang aku persembahkan?
Adakah umrahku perjalanan ritual, atau perjalanan jiwa?
Dan mungkin di situlah intinya – Umrah dari kacamata Dr. HALO-N.